Saturday, December 7

Sedarlah Wahai Pewaris Dunia.

Dengarlah wahai rakan,
Kita berada di penghujung dunia,
Bukankah Nabi bekata,
Dunia ini bongkok tiga,
Dunia ini sudah tua,
Dunia ini tidak lagi berdaya,
Sedarlah...

Dengarlah wahai rakan,
Sahabat dan teman teman,
Lupakanlah segalanya,
Dusta dan nista,
Mari bersama-sama berusaha,
Memburu syurga-Nya,
Sedarlah...
 
Sahabat dan teman ,
Sudah banyak kita lihat ,
Sudah banyak kita dengar ,
Sudah banyak kita baca ,
Berita bayi dicampak kesana -sini ,
Menangis mencari kasih ibu dan bapa yang sukar dicari
Mereka dibiar bergelimpangan ,
Mereka dibiar mencari sendiri kehidupan,
Di sini kita patut tanyakan ,
Kita ini sebenarnya manusia atau haiwan

Dengarlah wahai rakan ,
Bangkitlah dari kejahilan , 
Kejahilan yang menjahilkan kehidupan
Nilai kehidupan perlu diterap kembali ,
Demi kehidupan yang hakiki,
Sedarlah...

Kita sememangnya debu digalaksi ,
Tetapi masih perlunya jati diri
Andai mahu dunia hidup kembali,
Kembalilah kita kejalan ,
Mencari Redha Illahi
 
 
Nurul Amirah bnti Halim
 
4 Taat- 2013
 
 
 


No comments:

Post a Comment