Saturday, November 2

Ups and downs of life

Assalamualaikum.
 
sebenarnya, entry nie lebih kepada luahan perasaan dan aku tidak sama sekali menggalakkan awak semua membaca entri yang akan mengusutkan lagi keadaan.
 
 
Dear heart,
 
Semakin lama hidup semakin sukar mencapai sesuatu hajat yang diingini. Ya, bagiku sangat sukar. dugaan, cabaran, kutukan, hinaan jangan cakaplah brader. memang fuhhhh, berasap segala otot yang ada. dalam tempoh hanya satu tahun, aku melalui dan mengalami dugaan yang aku kira sangat berat. sangat susah untuk diatasi. sangat sukar untuk ditangani. sangat, ahhh sukar untuk diungkapkan. aku tak mengharapkan sesiapa untuk memuji akan aku. tidak. aku cuma mengharapkan awak semua menghargai kehadiran aku, menghormati keperibadian aku, menerima aku seadanya. itu sudah cukup wahai awak semua.
 
Tika dulu ada orang yang sering menemani, menasihati, mengawal gerak geriku. sekarang? aku belajar hidup berdikari, menyelesaikan masalah sendiri tanpa ibu dan ayah. aku cuba menjadi kuat kerana ibu ayah jauh. aku sentiasa cuba. perwatakan aku sangat berlainan jika dibandingkan dengan dulu. seperti sudah tiada tarikan graviti. sebab? aku terumbang-ambing. mungkin ini yang dinamakan pengalaman hidup. jiwa kena kental brader, kalau tak aku akan selalu jatuh. aku dalam dorm, aku dengan classmates, aku dengan ahli Delima... semua perwatakan aku berbeza. I know, perlunya jadi diri sendiri, tapi adakah mereka terimaaaaaaa? itu persoalanku.
 
Kadang-kadang pernah terfikir, adil bukan kalau kita tak suka orang tu, dan orang tu tak suka orang ni.
 
Luahan ini bukan diksi atau metafora atau hiperbola yang selalu dibincangkan dalam buku komsas. kalau boleh aku tak nak ibu dan ayah tahu masalah aku. aku takut mereka risau. kalau boleh tahun depan aku nak focus belajar, tanak jadi macam tahun nie. kelam kabut itu ini, sibuk sana sini. sangat memenatkan. Ya Allah permudahkanlah semua urusan aku. bantu aku.
 
Awak semua, sebenarnya aku mohon sokongan dan nasihat daripada awak semua. tarik aku kalau aku alpa, gapai aku kalau aku jatuh. itu sahaja. bantu aku. itu sahaja yang aku perlukan sekarang.
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment