*BARU 50% SIAP CERPEN FUTURISTIK*
Watak utama:
Emira Amalya binti Ezham
Adam Raihan bin Adryan
Suasana yang hinggar binggar di kantin langsung tidak mengganggu konsentrasi Emira Amalya yang sedang bertungkus lumus mencari jawapan Matematik Tambahan yang diberikan oleh Cikgu Loh semalam. Bukan dia tidak mahu menyiapkan tetapi malam semalam dia mempunyai tuisyen Bahasa Inggeris dan petangnya dia mempunyai latihan bola keranjang. Semua itu menyebabkan dia terlupa akan tugasan yang diberi.Tidak jauh dari situ, seorang lelaki yang hanya memakai baju sukan sekolah berwarna merah memandang Emira tanpa reaksi. Masih lagi segar dingatannya apabila sewaktu dia di tingkatan dua ada seorang lelaki melamarnya.
Emira , be mine ?? Emira terpaku melihat kek yang berbentuk hati yang diberikan oleh Adam Raihan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke empat belas. Ayat keramat tersebut tertulis cantik ditengahnya. Walaupun orang kata usia mereka baru mula menggenal erti kehidupan , namun sikap Adam yang begitu romantik telah menambat hati Emira .
" Adam, kenapa awak buat semua ni ? Membazir je . Saya dah besar tau . Diulang , dah besar " .. Emira mula membebel walaupun pada hakikatnya dia amat menyenangi sikap Adam yang satu tu . Dia tidak mahu orang kata dia hanya mempergunakan Adam kerana Adam kaya . Dia bukan seorang yang materialistik .
Walaupun mereka pasangan kekasih, tetapi mereka tidak pernah menunjukkan bahawa mereka sudah lama bercinta sejak Emira di Tingkatan 2 manakala Adam di Tingkatan 3. Mereka begitu menjaga adab dan perlakuan dan kerana itu ramai rakan mereka mentertawakannya kerana dikatakan kolot. Sudah tahun 2025 pun masih berahsia seperti orang dulu-dulu.
Ringg! Ringggg!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat . Di dalam kelas dia kembali ke tempat duduknya . Dia terperasankan sekuntum bunga mawar terletak di dalam mejanya . Emira tahu benar itu mesti kerja Adam . Walaupon gaya percintaan mereka digelar old school , tapi tidak bagi Emira. Old school itulah membuatkan percintaan mereka makin lain dari percintaan orang lain . Mana tidaknya setiap kali pulang ke flying bikenya pasti Adam menunggu dan mainkan sebuah lagu untuknya . Kad yang diletakkan bersama bunga mawar itu dibukaknya.
'See you later sweetheart..'
Your angle : adam raihan..
Hanya senyuman menghiasi bibirnya. Mengharapkan jarum jam berputar lebih laju kerana dia sudah tidah sabar bertemu Adam .
******************** ******************** ************************
Bunyi petikan gitar menampar gegendang telinganya . Adam mengalunkan lembut lagu yang pernah dimainkan pada zaman 2013 dahulu . Zaman remaja ibu bapa mereka .
Arent't you something to admire ,
Cause your shine is something like a mirror
I can't help but notice ,
Your reflect is this hear of mine ,
It you feel alone and glare makes me hard to find ,
Just know that I'm parallel on the other side
Cause with your hand and pocket full of soul
I can tell you there's no place we couldn't go
Just put your hand on the glass , I'm here trying to pull you through ,
Just gotta be strong.
Cause I don't wanna lose you now
I'm looking right at he other half on me ,
The vacancy that sat in my heart ,
Emira terpaku bila Adam menghulurkan sehelai sapu tangan . Tidak pulak sedar bila masa dia menangis . Dia tidak bercadang mahu menerimanya. Sebaik terlihat anggukan daripada Adam , Emira mencapai sapu tangan berwarna putih dengan jalur biru mengelilinginya. Perlahan-lahan dia mengesat wajahnya yang kehujanan dan basah dek air mata. Namun air mata sedihnya masih mengalir tanpa dapat ditahan. Adam yang berdiri dari tadi turut duduk di sebelah Emira. Menemani Emira. Beg galasnya masih memayungi Emira . Zaman teknologi katakan . Tidak perlu lagi pegang payung apabila hujan . Hanya perlu beri arahan kepada begnya sahaja dan secara automatik beg tersebut mendegar arahan daripada tuannya sahaja .
“Awak ok?” tanya Adam selepas sekian lama kebisuan membelenggu mereka berdua.
Emira hanya berpaling tanpa sepatah kata. Melihat air mata Emira yang menitis, sudah cukup untuk menjawab pertanyaan Adam itu.
" Awak jangan nangis lagi okay .. I just wanna make you happy . Kalau saya tahu baik saya tak payah nyanyi . Awak suka tak ? "
Emira tersenyum .
" Saya menangis bukan sebab sedih kelukaan . Tapi lagu awak yang buat saya sedih . Kenapa pilih lagu yang sweet sangat. Saya ni dah lah cengeng . Kan awak yang kena pujuk . I'm very happy Adam . "
" Awak balik terus tau ! Jangan melencong ke tempat lain " , Adam memberi arahan kepada Emira sebaik sahaja Emira duduk diatas flying bikenya . Emira hanya membalas dengan anggukan kecil .
Emira menekan beberapa punat kecil yang terdapat pada motornya. Kemudia satu paparan skrin terpapar . Setelah memilih destinasi barulah bikenya beansur bergerak meninggalkan perkarangan sekolah dengan sedikit-sedikit naik ke ruang udara .
6 tahun kemudian...
Waktu terus berjalan tanpa henti , jua tanpa menanti . Hari berputar menjadi minggu dan seterusnya melengkapkan bulan-bulan disepanjang tahun . Sedar tidak sedar selama enam tahun itu jagalah dia menjadi kekasih Adam . Dia kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kimia manakala Adam pula dalam bidang perubatan .
Emira menghempas tubuhnya ke tilam . Dia melepaskan penat sehari suntuk menghadiri kuliah . Jadualnya pada hari ini memang terlalu padat kerana dia terpaksa menghadiri dua kelas ganti . Dalam asyik
melayan fikirannya mengenai tugas kuliahnya yang masih terbengkalai , Emira tiba-tiba teringatkan Leiosa . Dia segera mendapatkan Pepper’s Ghostnya dan menghidupkannya . Pepper's Ghostnya dahulunya dikenali sebagai komputer riba . Disebabkan reka bentuknya yang boleh dighaibkan maka digelar Ghost .
melayan fikirannya mengenai tugas kuliahnya yang masih terbengkalai , Emira tiba-tiba teringatkan Leiosa . Dia segera mendapatkan Pepper’s Ghostnya dan menghidupkannya . Pepper's Ghostnya dahulunya dikenali sebagai komputer riba . Disebabkan reka bentuknya yang boleh dighaibkan maka digelar Ghost .
Leiosa masam mencuka , masih melayan rajuk kerana tuannya menghilangkan diri seharian suntuk. Emira tersenyum . Kasihan pulak dia melihatkan cyberpetnya yang inginkan perhatian . Leiosa merupakan hadiah daripada Adam setelah ulang tahun percintaan mereka yang ke lapan . Emira mengerakkan cursor Pepper 's Ghostnya pada satu simbol di layer , ingin menganalisis progress Leiosa untuk minggu ini . Cara pengendalian Leiosa sama seperti laman sosial yang lain . Cuma bagi Leiosa ini , cara pemilikannya perlu dibeli di kedai haiwan . Walaupun kedengaran kelakar , tetapi itulah hakikatnya . Dia juga telah berjanji dengan Adam akan menjaganya sebaik mungkin . Dia membetulkan web cam Pepper's Ghostnya sambil mengenakan headphone di kepalanya . Emira mula bersuara apabila melihat animasi Leiosa yang ceria melihat kedatangan tuannya.
" Hai , Leiosa .Leiosa rindu Mira eh?? " Emira bertanya . Dia menekan simbol Love , menandakan dia sedang mengasihi dan memberi perhatian penuh kepada Leiosa . Leiosa menunjukkan aksi berlari - lari sambil mengerak-gerakkan ekornya . Emira senang dengan perlakuan Leiosa . Paling tidak dia tidak rasa kesunyian memandangkan Adam sekarang sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor . Emira tertawa sendiri . Tangannya ligat menekan beberapa punat yang terpapar di skrin Pepper's Ghostnya , memberikan makanan buat binatang peliharaannnya . Seterusnya memeriksa kesihatan dan mood Leiosa .Semuanya O.K. Tapi tahap mood Leiosa berada ditahap bosan . Kesian Leiosa kerana kesibukannya binatang peliharaannya itu terabai .
" Leiosa , I'm sorry okay . Bukan sengaja tak nak jenguk Leiosa tapi Mirakan nak exam final year . Nanti kalau gagal macam mana ? Kesian Adam kena membujang sampai ke tua sebab nak kena tunggu Mira habis . You also love Adam right ? ",Emira berkata kepada cyberpetnya itu . Leiosa segera bangun dan tersenyum kearahnya menampakkan barisan gigi hadapannya menandakan dia Ok .
Bagi Emira , Leiosa sememannya istimewa . Emira terasa seperti memelihara haiwan peliharaannya yang sebenar . Suka dan duka kehidupannya pasti akan diluahkan kepada Leiosa . Kadangkala rakan-rakannya juga terlalu marah akan dirinya kerana terlalu menghabiskan masa dengan cyberpetnya . Ah , itu kehidupan peribadinya . Yang penting apabila dia melayan Leiosa seperti dia dekat dengan Adam . Adam...
******************************************************************
Akhirnya!
Setelah lebih 6 tahun melayari bahtera pengajian, kini telah tibalah saat yang paling dinanti-nantikan . Apa lagi kalau bukan Majlis Konvokosyen! Bagi Emira pasti ramai , pernah merasai majlis konvokesyen di tadika dan sekolah, tapi tidak bagi Emira . Pada zaman persekolahannya dulu , dia tak berkesempatan merasai semua itu. Sebab itu Emira rasa tersangat teruja menghadiri konvokesyen . Baginya itulah satu-satunya kenangan sekali seumur hidup . Dia juga berharap kenangan ini dapat dikongsikan bersama Adam .
Ibu bapanya , Dato Ezham dan Datin Nurlisa telah pun sampai . Begitu juga dengan ibu Adam , Datin Jazreena . Emira menggeluarkan Finger Touching hand phonenya . Dia cuba menghubungi Adam . Setelah beberapa kali mencuba , akhirnya panggilannya dijawab .
" Adam , where are you ? Majlis dah nak mula . And you don't say that you would't come to see me..", Emira terus bertanyakan kepada Adam .
" Hey , kenapa kalut sangat . Adam akan datang . I on the way now . Takkan Adam tak nak tengok my girl naik pentas . You know that , I love you so much . Sayang don't worry , I will be there around 15 minutes more . Kirim salam my mom , aunty and uncle . Says to them that I love them " , Adam berkata kepada Emira .
Emira tersentak . Jantungnya tiba-tiba berdengup deras dan entah mengapa ada rasa sayu yang begitu pedih mencelah di hatinya . Dia tidak pasti apa rasa itu . Cuma perasaan itu tidak seindah biasa . Ada getaran yang begitu sukar dia mengerti .
'' Sayang jangan degil-degil tau bila Adam tak de nanti .Adam takut lewat sikit sampai . Tapi Adam promise , Adam akan cuba datang secepat yang mungkin .Yang penting , bila Adam tak de nanti , you must be strong okay , my love .
Ya Allah..kenapa perasaan ini semakin aneh ? Bergumpal-gumpal rasa tidak enak menghuni di segenap ruang dadanya .
" Bi..bila Adam tak de ?" tanya Emira tersekat-sekat .
" Hmm..?? Oh , bila Adam lewat sampai laa..Okay la , nanti kalau sempat kita jumpa . I love you . Bye.."
Emira seolah-olah tergamam seketika . Kalau boleh dia cuba membuang gusar di hatinya jauh-jauh .
" Emira , sudah lah tu telefon Adam . Macam tak ada masa lain nak diajak berbual . Tu tengok semua dah mula masuk . Dah , jom ."
Sudah ramai graduan yang telah beratur dan para pegawai pun menyuruh kami yang lambat ini untuk segara ke tempat perbarisan kerana kata mereka majlis sudah hampir bermula. Nasib baik dia sempat mencari barisan yang sepatutnya dia berbaris . Selepas itu, semua graduan mula bergerak mengikut barisan ke dalam dewan besar diiringi alunan muzik gamelan.Sebaik sahaja Emira melangkah ke pintu gerbang Dewan Besar CAC, Emira telah disapa seorang pegawai yang mengucapkan “Tahniah, Mira!”.
Waktu itu, dia sedang berjalan agak laju, jadi sempat tersenyum dan ucap terima kasih kembali, walaupun dalam hati masih belum dapat mengecam siapa dia. Mana tidaknya dengan perasaannya yang tidak enak dengan percakapan ganjil Adam . Dalam masa yang sama , dia juga cuba mengingati siapa yang menegurnya , Aduh!! Macam mana boleh lupa ,itukan Madam Zulaifah, pegawai pentadbiran di Kuliyah Kejuruteraan .
Kemudian , nyanyian lagu Negaraku. Emira cuba melupakan seketika soal Adam . Matanya sibuk mencari Adam . Mengharapkan kemunculan Adam mampu membuang perasaan tidak enakknya. Malangnya ,tiada . Emira mula rasa berdebar ketika melihat kamera dan lampu-lampu dipacakkan ketika ucapan sudah hampir ke penamatnya. Kemudian dia melihat rakan-rakannya di hadapan sudah diminta untuk berdiri untuk bersiap mengambil ijazah di atas pentas. Ya . Perjalanan seribu batu yang dia tempuhi sebelum ini akhirnya sampai ke tahap ini .
'Enjoy , Mira', cuba memberi semangat pada diri sendiri .
" Adam , please come", Emira berharap .
Emira semakin berdebar apabila semakin hampir di atas pentas . Sampailah nama dia disebut, ketika itu Emira seperti tak dapat berfikir apa, ia berlalu dengan begitu cepat. Sedar-sedar sahaja, dia sudah berada di atas pentas.
" Emira Amalya binti Ezham " . Emira telah menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian) daripada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, disaksikan Rektor UIAM, Professor Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin, yang juga merupakan mantan Dekan Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim ketika Emira masih semester pertama. Sewaktu turun daripada pentas , dia melilaukan matanya .
"Sayang , I'm here " , Adam menyergah dia daripada belakang .
"Adam!!!"Emira terjerit kecil sambil tangan kecilnya itu memukul-mukul dada Adam .
" Sorry Mira . Ingatkan saja nak buat suprise . Tak sangka pulak ada orang miss kat kita . Hahaha ...And congratulation" , Adam berkata sambil menghulurkan sebuah teddy bear yang cukup besar . Mungkin sebesar dia waktu umur 13 tahun dulu . Mungkin.
" Thanks Adam . I just want you to come . I don't need this teddy bear anymore as long you always with me .."Emira berkata seolah-olah Adam akan pergi jauh .
" Dah-dah jangan nangis budak cengeng . Tengok tu Abi , Umi dan mummy semua tengak tengok kita tu . Tak malu eh??" , Adam cuba memujuk walaupun caranya agak kasar .
Dato Ezham , Datin Nurlisa dan Datin Jazreena berjalan menghampiri mereka . Masing-masing mengucapkan tahniah kepada Emira .
" Tahniah anak umi " , Umi Nurlisa bekata sambil mengucup dahinya .
" Lepas ni Mira dah boleh bekerja kat tempat Abi . Abi dah sediakan satu position khas buat Mira . Tak payah nak cari kerja kat tempat orang lain ."
" Bagus la tu .. Tak ada lah Adam risau sangat kalau Adam tak ada nanti . Paling tidak Adam tahu yang dia selamat .." Adam berkata sambil tersenyum .
" Adam , kenapa cakap macam tu . Kan awak dah janji nak ada bersama saya . Kenapa cakap 'kalau Adam dah tak ada'.." , Emira menyoal sambil membuat nada mengejek cara percakapan Adam .
'' Laaaaa..dah kenapa? Betullah kalau Adam dah tak ada..Habis tu nak cakap macam mana ? Hemmm..?". Adam menyoal balik Emira sambil tangannya mencuit hidung Mira .
Tiba-tiba telefon Adam berbunyi .
" Sorry Emira . Adam kena pergi hospital sekarang . Ada emergency case . And I need to handle..", Adam memberitahu sambil menyalam umi , Abi dan mummy .
" Bye , Mira . Malam nanti kalau sempat kita pergi dinner . Kalau rindu juga peluk teddy bear tu . Sayang Mira ketat-ketat ", Adam berkata sambil berlalu pergi dengan pantas .
"Mira pun sayang Adam " , Emira berkata setelah Adam hilang daripada pandangan .
***************************************************************
Emira tahu ramai cemburukan dirinya kerana dapat berganding dengan orang sekacak Adam . Malah ramai yang tidak percaya percintaan mereka sudah hampir lapan tahun . Emira sudah pun bersiap untuk dinner malam ni . Dia mahu kelihatan cantik di mata Adam . Biar orang lain tahu bahawa dia memang sesuai untuk Adam. Baju gaun hitam berlace di bahagian kaki sudah cukup menyerlahkan kecantikan Emira . Dia mengenakan tudung merah di kapala . She is too perfect!!
Tiba-tiba Finger Touching hand phonenya berbunyi . Pasti Adam . Namun sangkaannya meleset . Itu nombor Datin Jazreena . Ada apa dia call malam-malam begini .
" Mi..Mira..",Suara Datin Jazreena kedengaran teresak-esak . Kenapa pulak ni? Tiba-tiba rasa tidak enak sewaktu konvo tadi menyerang kembali . Aduh !! Janganlah...
"Kenapa aunty ?? Relax aunty . Cuba cakap pada Mira apa yang jadi . Kenapa aunty nangis ? Kalau boleh Mira tolong , Mira akan tolong.." , Emira berkata dan pada masa yamg sama cuba menenangkan dirinya . Cuba membuang perkara yang tidak enak yang terbayang di fikirannya .
"Adam...Adam kemalangan Mira . Dia sekarang dalam wad ICU . Doktor kata kecederaannya serius ..", Datin Jazreena akhirnya bersuara.
" Ya Allah!! Aunty... " dunia seolah olah berputar dan akhirnya Emira rebah tidak sedarkan diri.
**************************************************************
Hatinya kembali diusik kenangan dulu . Lagu yang didengarnya tadi benar-benar mengingatkannya kepada Adam Raihan . Lagu itu jugalah lagu cinta mereka berdua . Mengapakah sejak akhir-akhir ini ada sahaja perkara yang berkait dengan Adam . Ya Allah ...kuatkanlah hatiku. Detiknya di dalam hati .
" Mira..kenapa ni ? Aku tengok kau asyik termenung aje . Ada apa-apa yang tak kena ke ? " , Diana menyoal bertalu-talu .
Emira hanya diam membisu tatkala kawan baiknya itu mengajukan soalan . Baginya tiada apa-apa yang perlu dijelaskan . Cukuplah sedikit pengertian bahawa dirinya kini tidak mahu digangu . Emira mahu bersendirian melayan perasaannya ketika ini .
" Leave me alone please.." Emira membalas dengan nada yang agak lemah , Diana terdiam dan hanya menggelengkan kepala . Lantas berlalu pergi .
Tinggalah Emira dalam lamunannya sendiri . Kenangan demi kenangan silih berganti di kotak fikirannya . Terlalu banyak kesan mendalam di hatinya . Hampir sahaja Emira mahu membunuh diri . Mujurlah imannya masih ada . Terlalu cepat masa berlalu . Adam sudah pun meninggalkannya hampir dua bulan . Masakan dia dapat melupakan insan pertama yang bertakkhta di hatinya . Kemalangan itu telah meragut nyawa Adam . Hubungan masa lalu terlalu indah baginya dan sukar dicari ganti . Surat-surat mahupun kad cinta daripada Adam disimpannya rapi . Hampir setiap hari Emira meluangkan masa membacanya . Terasa hangat pipi Mira apabila air mata jatuh membasahi pipi .
Ketika Emira sedang asyik menghabiskan waktunya di kedai buku , matanya terpancing ke arah kelibat seseorang . Hatinya kuat mengatakan bahawa dia mengenali jejaka itu . Namun dipujuk lagi hatinya agar tidak cepat mempercayai apa yang dilihatnya sebentar tadi . Dia tersenyum sambil menggelengkan kepala . Tidak mungkin !! Fikirnya tidak mungkin jejaka yang dilihatnya tadi ialah Adam . Dia yakin dia lihat jenazah Adam di hospital waktu itu . Namun bayangan Adam yang dilihat kini bukanlah Adam yang dulu sentiasa bertie dan kemaja . Bayangan Adam yang dilihat kini ialah berpakaian santai . Emira cuba menghampiri jejaka tersebut untuk mendapatkan kepastian .